10 Syarikat Teratas Mengambil Calon Berbahasa Melayu

Syarikat-syarikat di Semenanjung Malaysia sedang mencari bakat-bakat baru seperti anda pada bulan ini! Kami telah menyenaraikan 10 syarikat teratas yang sedang giat mengambil calon berbangsa Melayu atau fasih berbahasa Melayu. Jom cari pekerjaan impian anda sekarang!

Im Ready Lets Go GIF by Leroy Patterson - Find & Share on GIPHY

SENDAYU TINGGI BEAUTY & HEALTH (M) SDN BHD

Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim dengan modal sebanyak RM400.00 sebagai permulaan dengan memasarkan produk Enigma Beauty. Pembungkusan dan penghasilan produk dilakukan kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Setelah mendapat modal, beliau memulakan pengeluaran produk pelangsingan yang menggunakan diri sendiri sebagai testimoni terawal. Ia melonjakkan nama Sendayu Tinggi pada ketika itu yang merupakan antara pelopor herba terawal di Malaysia. Kini Sendayu Tinggi memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah dan tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, reka bentuk, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

MUAZ FORCE SDN BHD

Syarikat Muaz Force Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 11 Februari 2009. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang menggabungkan dua orang pengarah iaitu Mohd Azrul Bin Zakaria dan Datuk Ali Bin Hanafiah. Kemajuan dan kepesatan pembangunan Negara ke arah perindustrian dan teknologi tinggi di rantau ini banyak membantu wujudnya ‘downstream business’ yang berkaitan dengan pembuatan, kewangan dan perkhidmatan. Syarikat-syarikat ini memiliki aset yang tinggi nilainya, sekaligus memerlukan perlindungan kawalan dan insurans dengan bayaran perkhidmatannya berjumlah berjuta-juta ringgit.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala modal berbayar adalah RM24 juta. PNSB telah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi projek komersil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI. PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insuran dan pengurusan hartanah (pertanian) adalah menerusi anak-anak syarikatnya.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

AIN MEDICARE SDN BHD 

Ditubuhkan pada tahun 1993 di Kota Bharu, Kelantan, AIN MEDICARE SDN BHD adalah pengilang utama produk farmaseutikal, merangkumi Parenteral Isipadu Besar, Parenteral Isipadu Kecil, Rumusan Pengairan, Konsentrasi Hemodialisis dan Rumusan Dialisis Peritoneal.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

BRISK ASIA SDN BHD 

Ditubuhkan pada tahun 2003, Brisk Asia Sdn Bhd adalah penyedia pelincir solusi “One Stop”. Syarikat ini merupakan pengedar sah Molykote (DOW CORNING) di Malaysia.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

JACK-IN PILE (M) SDN BHD

Jack-In Pile (M) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 10 Mac 2006 sebagai syarikat bangunan dan pembinaan yang memberi tumpuan utama dalam menyediakan kepakaran yang dipercayai dan sumber manusia yang komited kepada industri pembinaan.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

TENAGA AMBANG SDN BHD

Tenaga Ambang Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mantap dalam pengedaran peralatan “Snap-On”, peneraju global dalam inovasi, pengeluar peralatan berkualiti tinggi, penyelesaian diagnostik dan alat peralatan profesional serta alat peralatan pengguna.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

IOI PAN-CENTURY OLEOCHEMICALS SDN. BHD.

IOI Pan-Century adalah ahli IOI Oleochemicals Group, yang dimiliki sepenuhnya oleh IOI Corporation Berhad, merupakan konglomerat yang berjaya dan dinamik dengan kepentingan utama dalam Perladangan, Hartanah, Rekreasi, Oleokimia dan Lemak Khusus. Syarikat ini adalah peneraju utama dalam produk dan aktiviti berkaitan minyak kelapa sawit, yang terdiri daripada penapisan, serta pengeluaran dan pemprosesan Oleokimia dan “Soap Noodle”.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

POLYMERIC TECHNOLOGY SDN BHD 

Polymeric Technology Sdn Bhd merupakan syarikat kilang kimia pembuatan resin salutan untuk pelbagai aplikasi industri di seluruh rantau Asia Pasifik. Dengan lebih dari satu dekad dalam pelbagai pengalaman industri salutan, syarikat ini telah berjaya menerima ISO 9001 untuk memastikan kualiti produk yang sangat baik dari segi pembuatan dan konsistensi. Selaras dengan pengambilan berat tentang persekitaran dan keselamatan, penggunaan ISO 14001 dan ISO 18001 juga memastikan syarikat dalam memenuhi kelestarian operasi perkilangan, tempat kerja yang lebih baik dan selamat untuk segala keperluan.

Klik di sini untuk pembukaan kerja

 

PARKWOOD DEVELOPMENTS SDN BHD

Parkwood Developments Sdn Bhd adalah subsidiari yang dimiliki penuh oleh Amalgamated Industrial Steel Berhad (AISB) – syarikat tersenarai awam di Malaysia (Bursa Malaysia). Kemudian dimiliki oleh LGB Group, sebuah konglomerat yang khusus dalam pengurusan air, pengurusan sisa pepejal, pembinaan kejuruteraan, pengurusan lebuh raya, sektor pelaburan dan pembangunan hartanah; sementara terkenal dengan spektrum perkhidmatan yang komprehensif dan berintegrasi, kepakaran teknologi dan kekayaan pengalaman bukan sahaja di Malaysia, tetapi di rantau Asia Tenggara dan United Kingdom.

Klik di sini untuk pembukaan kerja


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *