Bekerja di luar Malaysia merupakan salah satu bucket list buat golongan-golongan yang ingin bina kerjaya baru di luar dari zon selesa. Ada juga yang ingin berhijrah ke luar negara bersama keluarga kerana kemerosotan ekonomi negara, mahupun prestasi tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh syarikat.
Kami faham anda pernah rasa sebegini, namun adakah anda mempunyai segala persediaan dari segi kewangan, fizikal dan mental? Kami ada empat perkara yang anda perlu tahu sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
Jangan berhenti mencuba
Perkara utama yang anda perlu tahu ialah supply and demand dan polisi setiap negara semasa mencari kerja luar negara. Tidak salahnya jika anda mencuba untuk apply kerja yang anda minat. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!
Persediaan kewangan, fizikal dan mental
Sudah tentu anda perlukan sumber kewangan kukuh, persediaan fizikal dan mental yang rapi untuk menempuh segala perubahan persekitaran yang luar biasa sebelum anda mendapat tawaran kerja di luar negara. Menurut Hazman Halid, sekiranya anda mendapat tawaran, sekurang-kurangnya anda mempunyai 6,000 – 10,000 Dollar/Pound/Euro dibawa bersama untuk mencari rumah, keperluan asas dan membuat segala persediaan. Jika anda sudah berkeluarga, anda tidak boleh terus bawa mereka ke sana, melainkan syarikat yang memberi tawaran kerja akan memperuntukkan bantuan kewangan serta perkhidmatan untuk memudahkan anda sekeluarga.
Terima hakikat “indah khabar dari rupa”
Anda biasanya melihat di laman media sosial kehidupan golongan-golongan berkerjaya di luar negara semuanya indah, namun apa yang anda perhatikan sebenarnya tidak melambangkan realiti sebenar. Menurut portal berita luar negara CNBC, hampir setiap keluarga di Amerika Syarikat mempunyai hutang kad kredit sebanyak $8,377 (RM35k) secara purata.
Perbezaan taraf pekerjaan dan sosial
Anda juga perlu bersedia untuk menghadapi taraf pekerjaan dalam lingkungan sosio budaya yang berbeza. Pekerjaan substandard seperti buruh kasar, pemetik buah atau buruh perkapalan akan membuatkan anda terpinggir dari golongan-golongan lain dan akan memberi kesan kepada kewangan anda. Oleh itu, dapatkanlah pekerjaan dan gaji yang mampu untuk menyara keluarga dan melonjakkan taraf hidup satu tahap yang lebih baik.
Impian dan realiti menyimpan duit
Perkara ini juga perlu ambil perhatian sekiranya anda mempunyai tanggungan. Hal ini tidak dinafikan kerana gaji yang ditawarkan di luar negara lebih besar sama dengan nilai matawang sesebuah negara. Namun, semakin tinggi gaji ditawarkan, kos yang perlu dikeluarkan untuk kekal bagi tempoh masa yang lama juga akan meningkat. Sebenarnya, ada banyak perkara anda perlu korbankan dari segi kewangan untuk mencapainya demi tanggungan anda, oleh itu ambillah perkara ini sebagai satu pengalaman baru untuk membina kehidupan dan kerjaya baru di luar negara.
Sumber: Hazman Halid
Adakah anda ingin berhijrah ke luar negara untuk pekerjaan yang lebih baik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.