23 Perkara Dilarang Sebut Semasa Temuduga

Anda telah menerima jemputan temuduga daripada majikan impian anda? Tahniah! Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang harus anda kawal dari tersebut semasa sesi temuduga sedang berlangsung. Terutamanya apabila anda sedang berasa gemuruh hasil tekanan suasana temuduga. Apabila sedang tertekan, bermacam perkara boleh terkeluar daripada mulut kita bukan?

Ketika sesi temuduga, tidak salah untuk anda menjadi sedikit konservatif dalam apa yang anda hendak katakan atau kongsi supaya tampil profesional. Penemuduga tidak berminat dengan kehidupan peribadi atau juga pendapat anda terhadap majikan yang lepas. Mereka hanya ingin tahu alasan di sebalik mengapa anda merupakan calon terbaik untuk sesuatu jawatan.  

Sesi temuduga bukanlah situasi di mana anda boleh berkongsi apa sahaja maklumat yang anda mahu. Malah, terlalu banyak perkongsian juga boleh mengurangkan peluang anda untuk dipertimbangkan oleh bakal majikan. Mereka mahu mengupah pekerja yang positif, bukan pengadu. Kawal tahap perkongsian, dan tampil profesional.

 

 

Senarai 23 Perkara Dilarang Sebut Semasa Temuduga

Berikut adalah 23 perkara yang tidak sepatutnya disebut semasa temuduga yang akan mengubah persepsi bakal majikan tentang diri anda.

 

1. Saya benci pekerjaan saya.

Apabila anda berkata sedemikian, ianya membawa persepsi bahawa anda akan bakal benci dengan pekerjaan baru tersebut.

 

2. Saya telah merancang percutian dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Anda seharusnya menunggu sehingga mendapat tawaran kerja dari bakal majikan sebelum memaklumkan tentang rancangan percutian anda.

 

3. Bos saya adalah seorang yang teruk.

Adakah anda akan berkata sedemikian dengan bos baru juga sekiranya berlaku sebarang permasalahan di kemudian hari?

 

4. Tempat kerja saya yang sekarang tidak seronok.

Bakal majikan akan berpendapat bahawa anda akan berasa tidak seronok juga dengan persekitaran baru kelak. Elakkan daripada mengadu perkara yang tiada kaitan.

 

5. Berapakah gaji yang akan saya terima untuk jawatan ini?

Kebanyakan iklan jawatan kosong akan disertakan sekali dengan amaun gaji. Tetapi, ada juga yang tidak sertakan. Oleh itu, anda seharusnya membiarkan bakal majikan yang bertanyakan soal gaji, bukan anda.

 

6. Bila atau berapa jumlah cuti yang akan saya terima?

Elakkan daripada bertanya akan faedah kerja sehingga mendapat tawaran daripada bakal majikan anda.

 

7. Saya hendak menjawab panggilan ini sebentar.

Sebelum sesi temuduga, sila matikan telefon pintar anda. Jangan jawab panggilan atau berbalas mesej ketika ditemuduga oleh bakal majikan. 

 

8. Saya betul-betul perlukan kerja ini.

Elakkan daripada kelihatan seperti sangat terdesak dan seolah-olah memaksa bakal majikan untuk terima anda bekerja.

 

9. Saya tidak mempunyai pengalaman yang seperti awak harapkan, tetapi saya adalah seorang yang cepat belajar.

Biarkan penemuduga yang menentukan tahap kebolehan anda. Anda hanya perlu fokus dengan ‘menjual’ kemahiran yang anda ada untuk jawatan yang dipohon.

 

10. Saya tidak tahu.

Jangan panik jika anda tidak tahu akan jawapan terhadap soalan yang ditanya. Ambil masa yang anda perlu, dan seeloknya tanya semula kepada penemuduga sekiranya anda perlukan penjelasan lanjut.

 

11. Semuanya ada di dalam resume saya.

Jika penemuduga bertanyakan soalan, jangan balas dengan berkata sedemikian. Ya, semua maklumat ada di dalam resume anda tetapi penemuduga mahu dengar jawapan dari mulut anda sendiri bagi menilai cara anda berkomunikasi.

 

12. Saya ada temujanji sebentar lagi. Bilakah temuduga ini akan selesai?

Anda seharusnya merancang sekurang-kurangnya sejam setengah untuk ditemuduga dan  turut bersiap sedia untuk ditemuduga lebih lama dari yang anda sangkakan.

 

13. Maaf, saya terlambat.

Jangan sesekali hadir lambat ke sesi temuduga anda, kecuali jika mempunyai hal kecemasan. Ianya tidak mencerminkan prinsip keperibadian diri yang bagus.

 

14. Berkata kasar atau memaki hamun.

Sebagai pencari kerja, anda seharusnya tampil profesional dan sopan. Elakkan berkomunikasi dengan penemuduga seperti bersembang dengan kenalan rapat.

 

15. Apakah polisi syarikat tentang bercinta dengan rakan sekerja?

Sesi temuduga adalah untuk berbincang soal kerja, dan bukannya percintaan.

 

16. Adakah syarikat mempunyai acara makan malam tahunan atau sesi karaoke?

Anda dilarang untuk bertanyakan soalan sebegini ketika temuduga kerana anda akan tampil tidak profesional atau tidak serius untuk memohon kerja.

 

17. Jadual kerja ini tidak seperti yang saya harapkan. Bolehkah pihak syarikat mengubah jadual tersebut?

Jangan meminta perkara luar dari kelayakan anda sehingga menerima tawaran kerja oleh bakal majikan.

 

18. Saya tidak mempunyai sebarang soalan.

Anda seharusnya menyediakan beberapa set soalan untuk ditanya kepada bakal majikan. Tunjukkan minat atau kesungguhan anda untuk menyertai syarikat mereka.

 

19. Apakah jawatan atau tanggungjawab anda di syarikat ini?

Anda seharusnya membuat kajian tentang syarikat tersebut sebelum hadir ke sesi temuduga dan haruslah sentiasa bersiap sedia untuk sebarang soalan yang akan ditanya tentang organisasi syarikat.

 

20. Apakah pakej faedah yang akan saya perolehi?

Tunggu sehingga mendapat tawaran kerja sebelum berbincang tentang pakej faedah yang disediakan oleh bakal majikan.

 

21. Temuduga sentiasa membuatkan saya gemuruh.

Anda harus tahu bahawa penemuduga ingin atau akan mengambil pekerja yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Oleh itu, tampil seyakin yang anda boleh semasa temuduga.

 

22. Bolehkah saya bekerja dari rumah?

Elakkan berbincang tentang situasi kerja alternatif sebelum menerima tawaran kerja dari  pihak bakal majikan.

 

23. Adakah saya telah diterima bekerja?

Di akhir sesi temuduga, elakkan daripada bertanya soalan sedemikian. Anda seharusnya memberikan bakal majikan sedikit masa untuk membuat keputusan. Jikalau anda merupakan calon terbaik sekalipun, ianya adalah hak mereka untuk bertanyakan soalan tersebut kepada anda. Bukan sebaliknya.

 

Kesimpulannya

 

Jangan berikan bakal majikan alasan untuk tidak mengambil anda sebagai pekerja

Bakal majikan akan berasa kurang senang dengan calon yang mempunyai bermacam masalah dari segi pengangkutan, keluarga atau isu peribadi lain yang mungkin akan menganggu kehadiran serta produktiviti kerja anda kelak.

Yakin dengan diri sendiri

Sebagai pencari kerja, anda seharusnya yakin dengan diri sendiri ketika sesi temuduga sedang berlangsung. Fokus kepada ‘menjual’ bakat dan kemahiran yang anda ada untuk jawatan yang dipohon.

Tampil positif

Penemuduga inginkan pekerja yang boleh menyumbangkan sesuatu yang positif terhadap operasi syarikat, dan bukannya seorang yang kuat mengadu. Elakkan segala negativiti apabila bercakap tentang majikan terdahulu atau kesediaan anda untuk menanggung tanggungjawab jawatan yang dipohon.

 

 

Kongsikan pengalaman temuduga anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan pelbagai lagi.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *