4 Tips Menggunakan Hashtag untuk Mencari Pekerjaan

Hashtag (#) merupakan sejenis alat media sosial yang berguna bukan sahaja untuk membina rangkaian atau mencari perkara-perkara viral di Malaysia, malah hashtag juga boleh digunakan untuk mencari peluang pekerjaan baru serta mengiklankan jawatan kosong. Bagaimanakah hashtag berfungsi, dan apakah cara terbaik untuk menggunakannya? Terdapat beberapa tips menggunakan hashtag untuk mencari pekerjaan dengan lebih bijak.

Sekiranya anda menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, anda pasti mengetahui akan kegunaan hashtag. Apabila anda menekan pautan hashtag yang dicari, anda akan dibawa terus ke laman yang membincangkan secara khusus tentang hashtag tersebut.

Oleh itu, jika anda pandai menggunakan hashtag dengan betul, maka proses pencarian kerja anda akan menjadi bertambah mudah. Jom ikuti tips menggunakan hashtag untuk mencari pekerjaan seperti di bawah:

 

Kegunaan Hashtag dalam Mencari Pekerjaan

1. Belajar tentang latar belakang syarikat

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang latar belakang sesebuah syarikat, anda boleh menggunakan hashtag untuk mengorek sedikit maklumat. Kebanyakan syarikat akan mempunyai hashtag mereka tersendiri seperti Jobstore mempunyai hashtag Jobstorean (#Jobstorean) untuk para pekerja mengongsikan aktiviti-aktiviti syarikat di laman media sosial. Melalui cara tersebut, para pencari kerja dapat mengetahui serba sedikit tentang budaya kerja sesebuah syarikat.

2. Mencari kerja kosong

Kini kebanyakan majikan telah mula menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram untuk mengiklankan jawatan kosong. Mereka juga akan menyertakan pelbagai jenis hashtag yang berkaitan dengan iklan kerja kosong tersebut bagi memudahkan pencarian pengguna.

Antara hashtag yang popular adalah #jobsearch, #carikerja, #jawatankosong, serta #kerjakosong. Malah, anda turut boleh gunakan hashtag yang mengkhususkan jawatan yang anda mahu cari seperti #marketingexecutive, #contentwriter, #dataengineer dan juga lokasi seperti #KualaLumpur, #Penang dan sebagainya.

3. Mempromosikan pencarian kerja anda

Anda boleh memancing perhatian para perekrut dengan menggunakan hashtag khas di laman-laman media sosial bagi mempromosikan pencarian kerja anda. Sebagai contoh, sekiranya anda hendak ‘post’ sesuatu berkaitan dengan misi cari kerja anda, antara hashtag yang boleh digunakan termasuk #resume, #employer, #CV dan sebagainya.

 

4 Tips Menggunakan Hashtag untuk Mencari Pekerjaan

1. Guna hashtag yang popular

Elakkan daripada mencipta dan menggunakan hashtag yang baru dan mengharapkan pengguna lain untuk menggunakannya. Pastikan anda menggunakan hashtag yang popular di kalangan kumpulan yang anda minat sahaja.

Antara cara yang boleh anda lakukan untuk mencari hashtag yang popular adalah dengan menyelidik cara individu-individu berpengaruh menggunakan hashtag tertentu di laman media sosial mereka. Selain itu, anda turut boleh tanyakan rakan sekerja anda sekiranya mereka mengikuti hashtag-hashtag tertentu atau sebarang komuniti berkaitan di Facebook atau Twitter.

2. Berhati-hati dengan hashtag yang digunakan

Terdapat pelbagai hashtag yang boleh didapati di laman media sosial tetapi tidak semuanya boleh anda gunakan untuk mencari peluang pekerjaan. Pastikan anda menggunakan hashtag yang relevan dengan apa yang anda hendak cari.

Sekiranya anda taip #search atau #hunt sahaja tanpa perkataan ‘job’ di hadapan, terdapat kemungkinan pencarian anda akan menerawang ke perkara-perkara yang tidak berkaitan. Khususkan pencarian hashtag anda seperti #jobsearch, #graphicdesignerjobs dan lain-lain.

3. Guna hashtag untuk perkongsian kandungan profesional

Adalah disarankan untuk anda mengongsikan kandungan yang profesional apabila anda hendak menggunakan hashtag mencari pekerjaan di laman-laman media sosial. Sebagai contoh, jangan sertakan hashtag seperti #jawatankosong di dalam ‘post’ anda mengenai binatang peliharaan peribadi kerana ianya tidak berkaitan. Oleh itu, pastikan kedua-dua kandungan dan hashtag anda adalah profesional.

4. Gunakan hashtag secara berhemat

Adalah tidak dinafikan bahawa hashtag adalah suatu alat media sosial yang sangat membantu. Akan tetapi, elak daripada menggunakan terlampau banyak hashtag dalam satu ‘post’ anda di Twitter atau LinkedIn. Anda hanya disarankan untuk menyertakan dua atau tiga hashtag yang berkaitan dengan misi pencarian kerja anda sahaja.

Selain daripada media sosial, anda turut boleh mencari pekerjaan menggunakan cara yang lebih tradisional seperti laman cari kerja seperti Jobstore.com atau menggunakan rangkaian profesional yang anda miliki sebagai alternatif lain.

 

Jenis-jenis Hashtag untuk Mencari Pekerjaan

Berikut merupakan antara jenis-jenis hashtag yang anda boleh gunakan atau sertakannya ke dalam ‘post’ anda untuk mencari pekerjaan di laman-laman media sosial.

1. Hashtag untuk Cari Kerja

  • #JobSearch
  • #Jobs
  • #JobSearching
  • #Resume
  • #JawatanKosong
  • #CariKerja
  • #KerjaKosong

2. Hashtag untuk Merekrut

  • #JobOpening
  • #NowHiring
  • #Recruiting
  • #Employment
  • #Hiring
  • #JoinOurTeam

3. Hashtag untuk Nasihat Kerjaya

  • #ResumeTips
  • #CVTips
  • #PersonalDevelopment
  • #Careers
  • #CareerSuccess
  • #PersonalBranding
  • #InterviewTips
  • #TipsTemuduga

 

Semoga perkongsian tips menggunakan hashtag untuk mencari pekerjaan ini dapat membantu memudahkan pencarian kerja anda semua! Anda boleh kongsikan pendapat atau sebarang pertanyaan di ruangan komen di bawah. Ikuti juga Jobstore.com untuk peluang pekerjaan baru!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *